Andai anda mempunyai bayi yang masih kecil, salah satu perkara yang anda hadapi ialah memilih lampin pakai buang terbaik untuk kegunaan bayi anda. Memandangkan ramai ibu yang berkerja dan jarang menggunakan lampin kain guna semula, pemilihan lampin pakai buang ialah satu yang efektif.
Untuk anak ketiga MrJocko, Baby Kayla, kami tidak ada masalah dalam memilih lampin pakai buang. Ini kerana kami sudah biasa dengan produk yang telah kami guna untuk Kakak Khalish dan Kakak Hasya beberapa tahun dulu. Cuma dari segi harga ia agak mahal.
Namun pemilihan lampin pakai buang tidak semestinya berdasarkan kepada mahal atau murah. Ada beberapa produk lampin pakai buang yang murah, tetapi punyai kualiti yang bagus. Lagipun, biasanya lampin pakai buang ini perlu diserasikan dengan kulit bayi itu sendiri. Kerana, ada bayi punyai kulit yang lebih sensitif berbanding bayi lain.
Pilih la lampin pakai buang yang terbaik untuk keselesaan bayi anda. Jangan memilih berdasarkan pengalaman orang lain dan bukan kerana jenama. Kalau anda rajin, cuba beberapa jenama dan kemudian serasikan dengan kulit bayi anda dan bajet anda.
MrJocko dah jumpa lampin pakai buang terbaik untuk Baby Kayla. Setakat hari ini Baby Kayla selesa dengan jenama lampin pakai buang yang terbaik ini. Anda bagaimana?