Phuket sememangnya Pulau percutian yang menjadi satu idaman pelancong seluruh dunia. Pulau Phuket memang terkenal dengan kecantikan pantai, laut dan keindahan landskap. Tidak kurang pula, di bandar Phuket, ada banyak pusat hiburan.
Di Bangla Road, satu jalan yang terkenal kat Phuket. Kiri dan kanan penuh dengan aktiviti hiburan pub dan disko. Memang tidak sesuai kalau untuk kita membawa keluarga ke sana. Ada sesetengah pub dan disko memang terbuka dan aktiviti tidak sihat tidak sesuai dengan budaya kita.
Jadi kalau ke Phuket bersama keluarga pada waktu malam, elakkan diri anda merayau di sekitar Bangla Road, sangat tak sesuai. Baik anda luangkan masa mandi manda di Patong Beach atau melawat kawasan pulau-pulau kecil sekitar Phuket. Ada masa, sebelah malam, sila ke Fantasea, banyak aktiviti menarik di sana.