Hari Selasa lepas, kami sekeluarga terpaksa berpisah dengan Kiki, anak kucing kelahiran Kitty yang sudah lebih 3 bulan bersama kami. Kiki terpaksa MrJocko serahkan kepada owner baru kerana tak dapat nak pelihara dengan sebaiknya.
Maklum la, tinggal di apartment membataskan MrJocko memelihara kucing lebih dari seekor. Yang tinggal kini kenangan bersama Kiki, tengok dia lahir, mandikan Kiki dan Mia serta pertama kali Kiki makan makanan Wet Food.
Kiki kini menjadi milik satu pasangan yang baru kahwin dari Selayang. Semoga Kiki bahagia dengan owner baru. Bye Bye Kiki...