Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pengalaman Di Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park

$
0
0


Di Langkawi ada tempat untuk burung-burung dan juga haiwan liar di Langkawi Bird Paradise & Wildlife Park yang terletak di sekitar kawasan yang di namakan Kisap, terletak lebih kurang 12 Kilometer dari pekan Kuah. Kalau drive, cuma makan masa dalam 10 minit sahaja dari Jeti Kuah. Di Langkawi Bird Paradise & Wildlife Park ini, memang ada banyak tarikan untuk pelancong.

MrJocko pernah singgah di Langkawi Bird Paradise & Wildlife Park ini dengan family pada tahun 2010. Masa tu tiket masuk ke Langkawi Bird Paradise ini berharga RM12 untuk Dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Sekarang, dengar kata harga dah naik kepada RM15 untuk Dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.


Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park


Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park


Sebenarnya berbaloi singgah di Langkawi Bird Paradise ni sebab ada banyak burung-burung yang dipelihara di sini. Antara yang menarik seperti burung Kakak Tua, Burung Enggang, Burung Kasawari, Burung Helang, Murung Merak, dan macam-macam lagi. Pendek kata, beratus-ratus spesis burung ada di dalam Langkawi Bird Paradise ini. 

Anda berpeluang untuk bergambar dengan haiwan, memberi makan dan juga menonton pertunjukkan haiwan pada masa-masa tertentu.


Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park

Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park


Sebelah Langkawi Bird Paradise, ada taman haiwan liar yang dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park. Di sini, banyak yang menarik juga seperti buaya, ular dan pelbagai spesis serangga merbahaya ada dipamerkan kat sini. Macam-macam yang boleh kita lihat kalau ke Langkawi Wildlife Park.





Ada satu sudut, kolam ikan koi memang menarik di Langkawi Wildlife Park. Ada beribu-ribu ikan koi ada di dalam kolam tersebut dan memang best layan anak-anak ikan ni makan. Leka seketika bila tengok ikan-ikan ini berebut makanan dan berenang dalam kolam.



Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park


Khabarnya Langkawi Bird Paradise dan Langkawi Wildlife Park ni dah diupgradekan menjadi lebih besar dan selesa. Nampaknya, kalau ke Langkawi lagi, mesti singgah sana untuk lihat tarikan baru yang ada di Langkawi Bird Paradise dan Langkawi Wildlife Park.

Anda dah pergi ke Langkawi Bird Paradise dan Langkawi Wildlife Park???

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468