Sabtu lepas, sehari sebelum puasa, MrJocko dan rakan-rakan blogger turut sama dalam cabaran Philips Ultimate Cook-Off yang berlangsung di AEON Big Subang Jaya. Untuk cabaran masakan kali ini, para Blogger dan pelanggan bertuah dipilih untuk menyediakan menu masakan menggunaka produk Philips Airfryer.
Seramai 20 peserta mengambil bahagian dan kami dibahagikan kepada 10 pasukan. Kami diajukan bahan utama, kemudian disuruh memasak mengikut kreativiti tersendiri, tanpa resipi dan diberikan selama 30 minit untuk menyiapkan masakan kami.
Nasib baik untuk cabaran tersebut pihak AEON Big Subang Jaya menaja Voucher Pembelian untuk bahan-bahan masakan yang akan kami masak. Terima kasih buat AEON Big Subang Jaya.
Menggunakan Philips Airfryer ni memang mudah, cepat dan menjimatkan. Lebih utama, bila masakan yang di masak guna Philips Airfryer lebih sihat kerana kita tidak perlukan minyak dan bahan-bahan lemak lain untuk memasak. Cuma guna udara untuk menggantikan minyak. Hebat bukan? Lihat sahaja dua menu yang sedap dan cepat yang ditunjukkan oleh Chef Zam ini.
Untuk pertandingan memasak Philips Ultimate Cook-Off AEON Subang Jaya, MrJocko berpasangan dengan Ms Linda yang terpilih sebagai pelanggan Philips yang bertuah. Kami diberi tugas untuk memasak menu desserts dan ia memang sesuatu yang susah bagi kami. Lagipun, biasanya macam susah jer desserts nak memang kalau compare dengan menu utama lain seperti ikan dan udang.
Nasib baik Ms Linda ingat resipi pudding bread yang dibuat oleh adiknya minggu lepas. Oleh kerana tak nak fikir panjang, kami decide pilih Pudding Bread sahaja. Lagipun cara masaknya agak ringkas dan mudah.
Ms Linda tugas untuk adunkan adunan telur, gula dan bahan lain, manakala MrJocko siapkan bahan-bahan untuk dicampur dengan roti dan juga kismis serta kekacang.
Adunan kami siap paling awal, tak sampai 10 minit dan kemudian terus masuk dalam Philips Airfryer dengan suhu 180 darjah celcius selama 15 minit. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Mungkin sebab kami yakin dan ikut adunan yang betul, cara yang tepat, kami siapkan hidangan desserts kami lebih awal. Jadi, kelebihan untuk kami sebab boleh sediakan plating dan deko untuk hidangan kami. Ambik yang simple sahaja, MrJocko deko corak sudu dan garfu dan diletakkan kekacang sebagai tambahan (rupanya kekacang tu tak perlu kata Chef Zam. Serbuk coklat dan ceri dah cukup sebagai hiasan)
Menu Resipi Pudding Bread yang di beri nama Monkey Banana Pudding Bread, berjaya tawan hati Juri di Tempat Ke-2
Berdebar rasa bila tiba masa Chef Zam dan Chef Marina singgah untuk merasa Puding Roti MrJocko dan Linda. Serius gugup. Tapi ia terus hilang bila Chef Zam dan Chef Marina dua kali ambil portion untuk di rasa. Kata Chef Zam, sedap sangat. Chef Marina kata taste dia lembut dan perfect. Wow!!!
Masa penentu ialah masa pengumuman untuk menentukan siapakah Juara. MrJocko dan Linda tak jangka kami boleh menang Tempat Ke-2. Target kami mungkin no 5 sahaja, sebab masakan kumpulan lain memang sangat hebat.
Namun, bila diumumkan Puding Roti Monkey Banana memenangi Tempat Ke-2, Alhamdulillah. Tak sangka menu resipi desserts pun boleh menang.
Rezeki menyambut puasa nampaknya, kami pulang dengan hadiah satu set Philips Airfryer Digital yang bernilai RM1,699. Terbaik lah... Nampaknya ini rezeki MrJocko sertai Philips Ultimate Cook-Off.
Bagi yang berminat untuk dapatkan Philips Airfryer ni, anda boleh ke pasaraya besar seluruh Malaysia atau kedai elektrik berhampiran. Maklumat lanjut boleh layari laman web Philips Airfryer Malaysia.
Terima kasih buat penaja petandingan Philips Ultimate Cook-Off ini iaitu jenama Philips Home Living Malaysia dan AEON Big Subang Jaya