Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Robokeeper Gagalkan Cubaan Penalti Lionel Messi

$
0
0


Sempena dengan D Footbal Festival Final World Cup 2014 Brasil yang akan di adakan pada 13 Julai 2014 bertempat di Avenue Central Park, One Utama, pihak penganjur 'Trad3mark' turut memperkenalkan Penjaga Gol Paling Hebat di Dunia. Ia dikenali sebagai Robokeeper.

Robokeeper ini disebut-sebut sebagai penjaga gol paling hebat di dunia selepas ia berjaya menggagalkan percubaan sepakan penalti ramai pemain bolasepak dunia termasuk Lionel Messi. Messi yang mempunyai skill yang tinggi juga gagal melepasi penjaga gol Robokeeper dan ia memang sesuatu yang hebat untuk satu teknologi sukan.








Apa dia Robokeeper?
Robokeepr telah dibangunkan sejak Kejohanan Piala Dunia tahun 2006 diketuai oleh Prof Dr Michael Ten Hompel. Beliau dan pasukannya mendapat idea untuk membina Penjaga Gol yang terbaik di dunia dengan mencipta Robo. 

Robokeeper berfungsi dengan dua kamera terbaik yang mengesan lengkuk balistik bola yang lengkap dan menghantar kedudukannya kepada komputer pemprosesan imej setiap 1/50 persaat. Ia kemudiannya menggabungkan imej dari setiap kamera menghasilkan kedudukan 3D bola tersebut. 

Data kemudiannya dihantar isyarat kepada kawalan motor berteknologi tinggi dan RoboKeeper akan bergerak ke titik yang dikesan dengan cepat dengan kelajuan di bawah setengah saat. Ini teknologi yang berprestasi tinggi membolehkan 'penjaga gol' bertindak pantas menghalag bola dari memecah jaring. 

Robokeeper adalah salah satu daripada beberapa finalis dalam Anugerah ISPO Brandnew tahun 2010.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468