Demam Final Piala FA diantara pasukan Kelantan vs Johor Darul Takzim semakin terasa. Di Kelantan semalam dikatakan kecoh pasal ramai penyokong Kelantan atau The Red Warriors tak puas hati kerana penjualan tiket habis terlalu awal. Ada yang kata cuma 5,000 keping sahaja dijual. Akibatnya ramai penyokong merusuh di kaunter tiket.
Di Johor Bharu pula tak da pula berita pasal masalah pembelian tiket Final Piala FA antara Kelantan vs JDT ni. Ke ada sesiapa yang ada masalah besar nak dapatkan tiket di kaunter JDT??? Rasanya tak ada pulak dengar ketidakpuasan dari penyokong JDT.
Ramai penyokong bolasepak Kelantan dan JDT yang masih mencari untuk beli tiket Final Piala FA. Ada yang beritahu, Ulat Tiket jual tiket RM40 sehingga mencecah RM150 untuk satu tiket. Mahalnya. Ambil kesempatan sungguh. Pihak yang berwajib tiada buat pemantauan atau tindakan???
Ramai yang masih bertanya, masih mencari tiket perlawanan Fina tersebut. Ada yang duk tanya kat Facebook, ada yang masih mencari di Kelab Penyokong TRW dan masing-masing cara untuk dapatkan tiket. Setakat ni, belum ada tiket lebih, melainkan anda boleh tunggu di Stadium Bukit Jalil pada pagi 29 Jun 2013 nanti. Katanya masih ada sebahagian tiket Final Piala FA antara Kelantan vs JDT yang akan dijual di kaunter tiket stadium.