Kota Kinabalu sememangnya lokasi percutian yang menarik untuk seisi keluarga. Banyak lokasi yang boleh kita singgah di sini dan ia sememangnya menawarkan pakej yang agak murah berbanding percutian luar negara. Mungkin ramai tidak tahu, banyak lokasi tarikan pelancong di Sabah, mempunyai jenama yang terkenal seluruh dunia seperti Gunung Kinabalu, Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Semporna dan macam-macam lagi.
Jika ke Kota Kinabalu, MrJocko memilih untuk menginap di Sutera Harbour Resort. Banyak yang menarik tentang Sutera Harbour Resort,Kota Kinabalu ni dan di sini memang punyai banyak yang menarik. Rasanya sudah 2 kali kami sekeluarga menginap di sana.
Yang paling best di sini ialah permandangan. Lokasi resort hotel Sutera Harbour yang terletak di tepi pantai dan mempunyai ruang khas jeti bot mewah memang menjadikan kawasan ini umpama kawasan elit di Kota Kinabalu. Pemandangan sebelah siang menarik bila melihat bot-bot yang diletakkan di jeti resort dengan berlatar belakangkan hotel dan langit membiru.
Bila malam menjelma, anda tak akan puas berjalan di persisir pantai dan juga di ruang pejalan kaki sambil melihat keindahan lampu dan biasan cahaya di jeti bot resort hotel ini. Memang menarik, seolah-olah berada di luar negara.
Lampu-lampu di perkarangan hotel dan juga jeti di pasang untuk menjadikan kawasan tersebut nampak cantik dengan kerlipan beberapa lampu neon. Tak puas rasanya berjalan-jalan di sekeliling resort hotel.
Sepatutnya minggu lepas kami ke Kota Kinabalu, namun sebab ada urusan lain, terpaksa kami batalkan. InsyaAllah, ada peluang, hujung tahun ni nak ke sana lagi. Kalau ada rezeki, nak singgah dan menginap sekali lagi di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu ini. Rindu nak ke sana :)