Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Plaza Ambarrukmo Shopping Mall Terbesar Di Jogjakarta

$
0
0


Sewaktu MrJocko dalam perjalanan pulang dari Kota Jogjakarta (Yogjakarta), MrJocko sempat singgah di satu Plaza baru di Jogjakarta. Ia dikenali sebagai Plaza Ambarrukmo.

Plaza Ambarrukmo adalah pusat membeli belah terbesar di bandar Jogjakarta (Yogyakarta) dengan luas bangunan 120.000 m2. Ia didirikan pada tahun 2006. Mall ini terdiri dari 7 tingkat dengan kedai-kedai jualan yang berjenama seperti Carrefour, Centro, Gramedia, Cineplex 21, Optik Seis, Nike, Giordano dan Guess.




Ada satu kelainan kat Plaza Ambarrukmo ini bila ada ruang parkir khas buat tuan punya motorsikal Harley Davidson. Ini kerana, Plaza Ambarrukmo ini didirikan sekitar kawasan golongan elit di Jogjakarta dan di sini sememangnya ramai orang-orang kaya datang membeli belah di sini.






Samsung outlet juga dah ada di dalam Plaza Ambarrukmo dan smartphone jenama Samsung semakin menjadi pilihan pengguna di Indonesia yang sememangnya banyak menggunakan Blackberry.







Tamansari Food Court yang menjadi rung jualan makanan dan menghidangkan banyak menu Indonesia. Ruang makan ni memang selesa dan bersih.







Kalau nak ke Plaza Ambarrukmo Jogjakarta ini, lokasinya tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jogjakarta. Hanya 10 minit pemanduan dan ia berada di lokasi yang strategik. Kalau ada kesempatan, apa salahnya singgah di Plaza Ambarrukmo ini dan boleh lihat sendiri Shopping Mall yang terbesar di Jogjakarta, Indonesia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468