Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Suntikan Triple Antigen Dan Hipetatis B Untuk Baby Kayla

$
0
0

Suntikan Triple Antigen

 

Baby Kayla dah berumur 60 hari pada 16 Jun 2014. Tapi disebabkan tak sempat pergi kami buat appointment untuk suntikan kanak-kanak pada hari ni. Baby Kayla tak perlu buat suntikan sewaktu umur 1 bulan yang lepas tetapi dinasihatkan buat suntikan Triple Antigen dan Hipetatis B dalam masa yang sama ketika berumur 2 bulan.

Tadi kami sempat singgah di Klinik dan Baby Kayla dah selamat disuntik dengan Suntikan Triple Antigen dan Hepatatis B untuk bayi. Kos suntikan Hipetatis B ini biasanya tidak termasuk dalam kos bil syarikat untuk Klinik Panel dan perlu ditanggung oleh ibubapa. Bagi satu doa Hipetatis B ia bernilai RM150. Setiap bayi dinasihatkan untuk disuntik 3 dos sewaktu berumur 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan.

Untuk dos Triple Antigen pertama dah selesai. Doktor pesan suruh bagi ubat demam terus kepada Baby Kayla untuk cegah dari simptom demam. Harap-harap Bany Kayla sihat dan tidak demam kesan dari suntikan Hipetatis B bayi ini.

Bagi yang bertanya apa dia dos Triple Antigen untuk bayi, ia termasuk dos Diphtheria, Tetanus dan Whooping Cough. Dos lain termasuk Polio dan juga H Influenza B.

Pastikan bayi anda mendapat suntikan yang teratur dan mengikut nasihat doktor pakar yer,,,


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468