Semalam sewaktu minum di sebuah lokasi biasa, ada kawan tegur MrJocko. Belum disuruh duduk, beliau dah duduk dan terus dengan soalan mautnya :
"Kawe dah lama nak tanya demo. Camana cara demo dapat income dengan hanya menulis blog?"
MrJocko senyum. Ingatkan nak gaduh tadi. MrJocko suruh dia belikan Cafe Latte satu untuk MrJocko. Dia kena belanja sebab dia yang nak tanya,,, kan???
Selepas menghirup beberapa teguk Cafe Latte, MrJocko bagitau dia :
"Income tu dapat dari penaja atau company PR yang mintak kita promote kan barang atau perkhidmatan mereka."
"Itu kawe tahu, tapi, kawe nak tahu camana dia cari dan pilih demo???" Tanya dia lagi tak puas hati.
"Ooo,,, of course la dari pembacaan PR tersebut di Blog MrJocko dan juga network mereka. Mungkin pada masa itu, diorang (PR) banyak lihat kawe aktif di Blog, FB dan Instagram. Cara ini cara media social.
"Jadi, kawa kena ada FB, Twitter dan Instagram?" masih lagi tak puas.
"Yup, kalau demo nak jadi Blogger. Sebab FB dan media social lain tu sebagai bantuan marketing untuk blog demo..."
"Kalau kawe buat blog hari ni, berapa lama kawe boleh terkenal"
"Buat pagi hari ni, petang karang dah boleh terkenal. Bukak la Blog 18SX, Blog Gossip yg Tak betul, Blog gambar sexy dan lain-lain. Tapi, tanggung la dosanya. Kalau normal, ada orang hebat dalam masa setahun dah terkenal. Kawe biasa sahaja, baru 8 tahun, masih biasa-biasa sahaja."
"Ermmm,,, demo selalu dapat banyak ke income dari Blog?" Dia masih bertanya
"Tak banyak, tetapi cukup la untuk Blogger yang Perasan Hebat macam kawe. Lepas untuk bayar sedikit bil Internet dan belanja-belanja lain"
"Kalau gitu, kawe nak tulis blog jugak la... Nanti kawe cari demo" sambil dia angkat punggung dan berlalu keluar. Belum sempat kawe abiskan air Cafe Latte, waiter datang bawak bil 2 Cafe Latte kawe minum tadi belum dibayar...
Chaits,,, aku pulak yang kena PAU,,, Cilakak :)