Antara menu halal di Seoul yang masih MrJocko ingat ialah ketika singgah makan tengahari di Restoran Usmania di Itaewon. Restoran ini berada di tepi jalan besar menghala ke Jalan Masjid Pusat Itaewon dan senang untuk di cari. Restoran Usmania Itaewon, Seoul ini menghidangkan menu masakan Pakistan dan halal untuk orang Islam.
Ruang makan di Restoran Usmania ini tidak la besar sangat. Ia boleh menampung sekitar 50 orang dalam satu-satu masa. Ada menu ala carte dan juga anda boleh memilih untuk menu bufet jika datang dalam kumpulan yang ramai.
Restoran Usmania mempunyai 3 orang chef beragama Islam dan berasal dari tanah arab. Mereka dah lama berkerja di Seoul dan sudah lama memasak di restoran ini. Paling penting, mereka pakar dalam memasak menu masakan arab khususnya Pakistan.
Sudah pasti menu yang sedap di sini ialah menu nasi arab, roti naan serta kari lembu Pakistan. Kuah kari yang di masak memang ada citarasa Arab yang asli dan memang membuatkan kami kekenyangan. Tidak lupa dengan pencuci mulut yang disediakan. Ia seperti kuih manis tetapi sangat lembut dan sedap. Tak pernah jumpa menu seperti ini di Malaysia.
Jadi, kalau anda ke Itaewon, Seoul, boleh singgah untuk makan tengahari atau makan malam di Restoran Usmania ini. Kalau nak mudah anda boleh naik Subway sahaja ke stesen Itaewon, sangat mudah.
Jangan lupa singgah makan di Restoran Usmania Seoul yer,,,