Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Starlight Cinema By Samsung Galaxy Life : Gaya Urban Menonton Wayang

$
0
0
Anda memang seorang yang suka menonton filem? Dah jemu dengan cara lama menonton wayang di dalam Pawagam (Panggung Wayang Gambar)? Starlight Cinema Malaysia punyai cara baru dan urban untuk anda menonton dan menikmati filem-filem kegamaran anda dengan cara santai dan selesa.

Bersedia dengan tikar atau kerusi anda dan sertai Starlight Cinema bersama keluarga dan kawan-kawan anda. Pawagam Starlight (Starlight Cinema) kembali untuk memberikan anda filem-akan pengalaman yang terbaik untuk tontonan anda.






Untuk kali ini, Starlight Cinema di Bukit Kiara Park ini dibawakan oleh penaja Samsung Galaxy Life. Jadi, kalau anda pengguna smartphone Samsung, anda boleh tebus Satu (1) Pass Masuk percuma untuk Starlight Cinema dengan menggunakan Aplikasi Samsung Galaxy Life. Anda boleh download di Samsung Galaxy Life Google Play Store dengan PERCUMA.

Untuk tebus Pass Masuk anda, cuma download dan TEBUS. Mudah jerrrr....







Gunakan KOD yang diberi untuk tebus Pass Masuk Percuma anda. Mudah kan??? Apa lagi, download Apps Samsung Galaxy Life sekarang.

Memang best di Starlight Cinema sebab ia terbuka, luas dan anda boleh lepak santai dengan kawan-kawan sambil menikmati tayangan filem di skrin besar. Tidak perlu senyap seperti di dalam panggung wayang. Satu konsep menonton wayang cara urban yang semakin terkenal di Malaysia.





Pasal makan dan minum jangan risau. Dalam Starlight Cinema ini punya banyak gerai makanan termasuk burger bakar, pizza dan beberapa menu lain yang sedap. Anda juga boleh mendapatkan minuman kegemaran anda samada yang panas atau sejuk. Di Starlight Cinema tidak dibenarkan minuman beralkohol. Semua minuman dan makanan di sini bebas Alkohol dan InsyaAllah Halal. Pihak penganjur memang menitik beratkan menu halal di Starlight Cinema Bukit Kiara.






Ada ruang yang luas di Starlight Cinema. Anda boleh memilih untuk duduk santai diatas padang atau lepak di ruangan cafe berbumbung sepanjang menonton filem di Starlight Cinema Bukit Kiara. Ia memang satu pengalaman baru untuk MrJocko dan semestinya ia pengalaman terbaik menonton wayang bersama rakan-rakan.

Anda ada soalan untuk di tanyakan??? Mungkin beberapa persoalan ini boleh menjawab kemusykilan anda.

Bilakah Starlight Cinema bermula? 
Starlight Cinema bermula dari 13 hingga 21 Jun 2014. Pintu akan dibuka pada seawal jam 6.00 petang dan seterusnya.

Di mana ia akan diadakan?
Starlight Cinema sudah dikenali di Malaysia sejak 2003 lagi dan kali ini akan diakan di Bukit Kiara Equestrian Club Paintball Field.

Filem Yang Di Tayangkan di Starlight Cinema 2014?
Paranormal Activity : The Marked One
The Conjuring
Despicable Me 1
Despicable Me 2
Internship
Sound of Music
Fast and Furious 6
World War Z
About Time
Pacific Rim
Man of Steel
Batman Begins The Dark Knight
Batman : The Dark Knight Rises

Showtimes Starlight Cinema boleh dilihat di SINI Showtimes Starlight Cinema

Apa lagi yang anda boleh lakukan di Starlight Cinema? 
Penonton boleh ber'picnic' dengan makanan yang dijual di perkarangan Starlight Cinema, menikmati tayangan filem di temani ribuan bulan dan bintang. Ada banyak kiosk jualan di Starlight Cinema dan juga penaja Samsung Galaxy Life

Harga Tiket Starlight Cinema?
Tiket berharga RM10 pada hari biasa dan RM18 pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu).

Ada lagi masa jika anda mahu rasai pengalaman sendiri menonton wayang terbuka di Starlight Cinema Bukit Kiara. Apa lagi, jangan lupa bawa tikar, bantal atau kain selimut jika perlu kerana anda akan menonton filem dari jam 8.00 malam sehingga lewat malam di Starlight Cinema Bukit Kiara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468