Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Rasa Halal Seoul : Kim And Kim Crab House

$
0
0
Jika kali pertama MrJocko ke Seoul, Korea Selatan tahun 2011, MrJocko dan wife tidak dapat nak menikmati masakan Korea dengan sepenuh hati kerana kami dibawa ke lokasi makanan yang tidak di yakini halal. Tetapi kali ini, MrJocko amat berpuas hati dengan Restoran yang menyediakan menu halal di sekitar Seoul. Makan untuk trip ke Seoul kali ini memang terbaik.

Antara lokasi makan yang paling sedap ialah di Kim and Kim Crab House yang terletak di Seogyodong, Mapogu. Ia antara restoran menu halal yang kami singgah di Seoul.




Makan tengahari kami di hidangkan dengan menu King Crab, salah satu makanan eksklusif dan terbaik di Seoul. Menu seafood ini memang menjadi pilihan kerana King Crab adalah ketam dasar laut yang bukan senang untuk diperolehi kalau di Malaysia. Ia dikatakan menghuni dasar laut yang dalam dan antara menu makanan yang agak mahal kalau di Seoul, Korea Selatan.







Kenapa ia diberi nama King Crab? Mungkin kerana saiz ketam ini yang besar serta punyai struktur isi yang banyak berbanding ketam di Malaysia. Sangat berbeza. Kalau ketam Nipah atau ketam Bunga di Malaysia, ia punyai isi yang banyak hanya di lengan atau bahagian kepala, tetapi King Crab ini punyai isi yang banyak di seluruh badan.

Memang berbeza dengan ketam kat Malaysia. Rasanya juga memang sedap. Menu yang kami makan hari itu ialah stim kukus. Rasa ketam asli dan memang tak lari dengan rasa lain. Sangat sedap dan mesti cuba kalau ke Seoul, Korea.

Dari badan King Crab ini hingga ke lengan penyepit dan kakinya, memang ada banyak isi. Sangat puas bila pertama kali dapat merasai keenakkan King Crab di Kim and Kim Crab House, Seoul ini.






Kalau nak dapatkan maklumat lanjut tentang kedai ni, anda boleh layari laman web rasmi Kim and Kim Crab House yang terletak di Seogyodong, Mapogu, Seoul. Kalau anda nak mudah, cari lokasi Trick Eye Museum, dan restoran Kim and Kim Crab House ini cuma 100 meter dari lokasi tersebut. Enjoy your King Crab di Seoul yer,,,


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468