Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pengalaman Melawat Pasar Burung Di Jalan Bantul, Jogjakarta

$
0
0
Semasa di Jogjakarta, MrJocko sempat ke Pasar Burung yang terletak di sekitar Jalan Bantul. Lokasi sebenar MrJocko tak pasti sebab yang bawa MrJocko ke sini ialah PakCik Bechak yang MrJocko sewa dari Pasar Beringharjo, Jogjakarta. Lokasi Pasar Burung dari Pasar Beringharjo ini sekitar 8 kilometer sahaja. 

Di Pasar Burung Jalan Bantul ini ada banyak gerai-gerai yang menjual burung dan sarang burung tradisional. Di sana juga ada dijual haiwan lain seperti kucing, ayam, itik, anjing dan juga beberapa haiwan eksotik lain seperti Cicak Tokek, Biawak, Kelawar dan banyak lagi.




Di satu sudut, hujung kawasan Pasar Burung ini, terdapat satu kawasan yang mana dikhaskan untuk tempat permainan pertandingan suara burung. Di sini, selalu di adakan satu pertandingan burung untuk mencari burung mana yang aktif dan punyai suara yang merdu dan paling menarik. Kriteria penuh suara dan aksi burung ini akan mengikut pengiraan markah 5 orang pengadil yang di sediakan.

Hampir setiap minggu, ada sahaja pertandingan yang di adakan di sini dan ia memang menarik perhatian penggemar dan peminat burung sekitar Jogjakarta.









Kalau di Malaysia, dulu-dulu masa kecil selalu jugak MrJocko melihat pertandingan burung Terkukur atau burung Ketitir yang menjadi permainan masyarakat orang Kelantan. Pemenang selalu dipilih berdasarkan kemerduan suara burung dan berapa aktifnya burung tersebut.

Ini antara tarikan yang boleh anda lihat kalau ke Jogjakarta. Ia nampak biasa tetapi budaya ini sememangnya antara budaya yang masih ada dalam komuniti orang Jogja dan ia satu permainan mereka untuk mengisi masa lapang. Seharusnya pihak Tourism Indonesia boleh mempelbagaikan lagi budaya ini dan pertengahkan budaya ini sebagai satu tarikan utama di Jogjakarta.  


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468