Dengan kenaikkan harga, bahan mentah yang mahal serta kos sara hidup yang tinggi, di sekitar KL ni mana lagi kalau nak dapatkan harga makanan yang murah??? Yes, masih ada. Anda boleh singgah ke Pasar Malam berhampiran dengan kawasan rumah anda.
Minggu lepas, MrJocko lalu dikawasan Sri Sentosa, Jalan Klang Lama. Ni kawasan yang mula-mula MrJocko dan wife tinggal selepas mendirikan rumahtangga. Selepas 2 tahun, baru kami pindah ke rumah baru.
Kat kawasan ni ada Pasar Malam yang best. Seminggu dua kali. Setiap hari Khamis dan Ahad.. Kat sini pasar malam dia best pasal banyak jual makanan melayu yang sedap, enak dan sangat murah. Lihat saja sate ni. Setiap cucuk sate Ayam dan Daging ini harganya cuma RM0.30 sen sahaja. Kalau beli 20 cucuk baru RM6.00, murah kan? Lagi pun sate yang kecil seperti ni MrJocko suka pasal ia rasa seperti garing sikit. Yum yum...