Alhamdulillah, kali pertama jejak kaki di Sumatera dan kali ini ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia. Trip kali ni anjuran Tourism Indonesia sempena Tour de Singkarak 2014 West Sumatra.
Hari pertama pusing bandar Padang dan jengah ke beberapa lokasi wajib di Padang. Makan tengahari semestinya menu Nasi Padang yang asli di Lamun Ombak.
Malam MrJocko menetap di butik hotel yang di beri nama Plan B Hotel. Untuk review hotel Plan B di Padang boleh baca di Review Plan B Hotel.
Sebelumnya kami dibawa ke Padang Pariaman di sekitar Tiram Beach sempena dengan Grand Opening Tour de Singkarak 2014, kejohanan lumba basikal jelajah Sumatera Barat dan event sukan terbesar di sini.
Terima kasih buat penganjur dan penaja Tourism Indonesia.