Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Herbnara Farm : Lokasi Taman Berwarna Warni Di Korea

$
0
0


Hari kedua kami di Korea, kami singgah di Herbnara Farm semasa dalam perjalanan pulang dari Holiday Inn Alpensia Pyeongchang ke bandar Seoul. Herbnara Farm ini memang lokasi wajib singgah kalau anda berada di Korea pada musim Spring. Ini kerana taman herba ini akan berubah wajah menjadi lokasi taman yang berwarna warni dan sangah cantik.






Herbnara Farm ini dibuka pada tahun 1994 dan ia berkeluasan seluas 12,000 meter persegi. Di dalam taman ini terdapat lebih dari 100 jenis pokok-pokok herba dan bunga-bunga pelbagai jenis yang memang sesuai hidup di suhu seperti di Korea.

Herbnara ini sebenarnya dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu Taman Herba, Taman Kanak-kanak, Taman Wangian, Taman Kolam dan beberapa Taman lain yang MrJocko dah lupa. Semua bahagian memang dihias dengan pokok-pokok yang berwarna warni dan juga memang cantik. Rasa macam di Wonderland pulak...









Tiket masuk ke Taman Herba Herbnara Farm ini berbeza mengikut musim. Jika dari Mei - Oktober, tiket dewasa KRW7,000 dan berkumpulan KRW5,000. Jika dari November - April, tiket dewasa cuma KRW5,000 dan berkumpulan KRW3,000. Ini kerana Herbnara Farm ini sangat cantik bila anda lawati pada sekitar Mei - Oktober bilamana pokok-pokok di sini hampir semua mengeluarkan bunga.






Maklumat lebih lanjut pasal taman herba di Pyeongchang ini anda boleh lawati Herbnara Farm Korean Tourism Organization

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468