Astro Radio bersama Revive Isotonic secara rasminya telah melancarkan kempen Rev-Kan Your Padang (Rev-Kan Padang Anda). Dengan kempen ini, peminat bolasepak tanah air boleh mencalonkan padang pilihan mereka dengan Rev-Kan.
Padang yang terpilih akan di Rev-Kan dengan Papan Tanda baru, Jaring Gol yang baru, serta padang akan di perbaharui dengan garisan padang yang baru. Peserta yang mencalonkan padang juga berpeluang menyertai perlawanan bolasepak dengan Pasukan All Star Rev-Kan dan bakal berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 setiap satu.
Tiga perlawanan akan berlangsung di tiga lokasi berbeza seluruh negara :
Perlawanan Pertama : 7 Jun 2014 - 2.30 petang (Padang Awam Dewan Kenangan Sungai Petani, Kedah)
Perlawanan Kedua : 14 Jun 2014 - 2.30 petang (akan di maklumkan kemudian)
Perlawanan Ketiga : 21 Jun 2013 - 2.30 petang (akan di maklumkan kemudian)
Peserta yang berminat boleh hubungi stesen radio pilihan anda seperti Era FM, My FM, Hitz FM, THR Raaga dan THR Gegar untuk memberikan cadangan untuk padang pilihan mereka, di mana sahaja di seluruh Malaysia. Selepas itu, peserta di kehendaki untuk mendaftar sendiri di laman web Rev-Kan Padang Anda di www.revkanpadang.com.my