Akhirnya, hari ni kami berkesempatan untuk singgah di Kidzania, bandar metropolitan ciptaan untuk kanak-kanak. Ia merupakan bandar yang lengkap dengan hospital, bank, kilang coklat, kilang aiskrim, balai polis dan macam-macam lagi.
Ia sebuah bandar mainan dimana anak-anak anda diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman bekerja sebagai pekerja bank, DJ Radio, doktor, penyanyi, model dan pelbagai bidang kerjaya.
Singgah la ke Kidzania dan lihat apa yang ada di Kidzania Kuala Lumpur. Semestinya ia akan memberikan pengalaman terbaik untuk anak-anak anda.
Entry lanjut berkenaan Kidzania akan menyusul. MrJocko nak layan anak-anak main-main di Kidzania dulu ;)