Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Kenapa Saman Kereta Saya?

$
0
0

Petang tadi selepas balik dari event Astro, MrJocko bergegas ke pejabat Public Mutual Bangsar. Alhamdulillah, sempat sampai sebelum jam 5.00pm. Tapi macam biasa lokasi parkir depan pejabat Public Mutual memang selalu full. Terpaksa menunggu dalam kereta sehingga ada ruang kosong.

Hampir 15 minit menunggu kelihatan seorang pegawai DBKL berpakaian uniform yang bertugas untuk lalu lintas. Dari depan MrJocko lihat, dia teliti dengan kerjanya dan satu persatu kereta dihadapan yang berada di ruang parkir mahupun di ruang yang tidak dibenarkan parkir di saman. Satu persatu surat saman dikeluarkan dan diselitkan rapi di wiper kenderaan tersebut.

MrJocko perhatikan jam yang menunjukkan hampit pukul 5.30pm dan beliau masih menjalankan tugasnya mengeluarkan saman kepada pemandu kereta yang melanggar peraturan parkir dan lalu lintas di sana. Dari depan sehingga ke belakang, nampaknya hampir semua mendapat saguhati saman dari brader DBKL ini.

Lama juga MrJocko lepak dalam kereta dan lihat begitu tegas brader ni buat tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Nasib baik MrJocko di dalam kereta menunggu, kalau tadi awal beberapa minit, mesti turut di saman.




Sent from Samsung Galaxy Note

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468