Cuti Sekolah baru bermula, masa untuk spend masa dengan anak-anak. Mungkin ada yang tak tahu nak ke mana? Apa kata jom datang sini, A'Famosa Water Theme Park, Melaka. Ada banyak yang best di A'Famosa Resort ni.
Di Water World sahaja ada lebih 20 tarikan untuk ke sana. Di sini ada pelbagai lokasi menarik seperti wave pool & stage, body slide, family raft slide, big ice cream dan banyak lagi. Ada banyak tempat untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan serta kedai jualan makanan dan minuman di dalam water theme park ini.
A'Famosa Water Theme Park dibuka dari jam 11.00am sehingga jam 7.00pm pada hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dibuka pada jam 9.00am hingga jam 8.00pm pada Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah. Hari biasa ia ditutup pada hari Selasa kecuali pada musim cuti sekolah.
Harga Pass masuk ke A'Famosa Water Theme Park ini ialah RM42 untuk dewasa dan RM37 untuk kanak-kanak.
p/s : entry ini LIVE dari A'Famosa Resort