Anak kucing kat umah yang diberi nama Mia dan Kiki kini dah berumur 2 bulan. Masing-masing dah pandai makan sendiri, dah pandai makan makanan kibbles dry food dan juga dah pandai 'buang' dalam pasir. Sekejap jer dah besar.
Memandangkan seminggu MrJocko kat Korea dan budak-budak bulus ni dah lama tak mandi, semalam MrJocko mandikan keduanya sekali. Macam biasa, cara mandikan anak kucing ni mudah sahaja. Letakkan dalam besen air, campurkan dengan syampoo kucing dan bilas beberapa kali. Pastikan jangan biarkan air yang memercik tidak terkena muka anak kucing ni. Nanti kesian pulak pedih mata akibat syampoo.
Sekejap jer mandikan anak kucing ni. Dah selesai bilas, lapkan dengan towel biar sedikit kering dan biarkan kucing tu sendiri keringkan bulunya nanti. Nak keringkan pakai blower pun boleh.
Tak sampai 15 minit, anak-anak kucing yang nama Mia dan Kiki ni dah bersih dan dah boleh rilek dalam sangkar :).
Cute kan Mia dan Kiki???