Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pengalaman Menaiki Korean Air Kuala Lumpur Ke Incheon

$
0
0
Untuk trip ke Seoul tahun ini, MrJocko berpeluang menaiki penerbangan kebanggaan rakyat Korea iaitu Korean Air. Kalau di Malaysia, ia umpama penerbangan MAS. Korean Air memang mempunyai banyak destinasi seluruh negara, samada local atau antarabangsa. Warna korporat Korean Air ialah warna Biru Muda dan Putih.






Penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Incheon memakan masa selama lebih kurang 6 jam 30 minit. Oleh itu kami menaiki pesawat yang agak besar iaitu Pesawat 777 yang mempunyai sususan tempat duduk 3-3-3. Ruang tempat duduk di dalam Pesawat 777 agak luas dan selesa. tempat duduknya ialah fabrik dan punyai sistem untuk baringkan tempat duduk yang agak selesa.

Memandangkan penerbangan kami ialah penerbangan malam 11.15pm dan akan sampai di Incheon pada awal pagi 6.30 am, kami di berikan kelengkapan seperti selimut, berus gigi dan ubat gigi, selipar serta headphone untuk hiburan.






Skrin Video untuk setiap penumpang memang besar, bersaiz lebih kurang 9 inci dan lengkap dengan lebih 50 filem terpilih, drama-drama, sitcom, video konsert, permainan, rencana, muzik dan juga informasi tentang Korea. Memang anda tidak akan boring jika menaiki Korean Air.

Anda akan dihidangkan dengan satu menu utama dan satu menu ringan sepanjang penerbangan. Anda boleh memilih untuk menu Halal semasa menempah tiket penerbangan dan pihak Korean Air sememangnya mempunyai banyak pilihan menu Halal di dalam penerbangan mereka.

Cabin Crew Korean Air memang terdiri dari Pramugara dan Pramugari yang muda. Sepanjang penerbangan, hanya kelihatan seorang sahaja Pramugara dan selebihnya Pramugari. Yang unik, setiap penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon atau sebaliknya, mereka ada seorang crew bertugas berasal dari Malaysia dan fasih bertutur dalam bahasa Malaysia. Memang terbaik...

Jadi, untuk bandingkan pengalaman MrJocko menaiki AirAsia, MAS, China Airlines dan juga Japan Airlines, masing-masing punyai kehebatan masing-masing. Tiada yang menyaingi antara satu sama lain kerana masing-masing ada cara tersendiri. Yang pasti, setakat ini, semua penerbangan yang MrJocko naik memang memberikan servis yang boleh diterima dan terbaik.

InsyaAllah, kalau ada rezeki nak cuba naik penerbangan KLM, Qantas, Qatar Airlines, Emirates dan Etihad dalam masa terdekat ini :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468