↧
Sekali lagi negara diserang dengan keadaan Jerebu yang semakin teruk bermula dari Johor sehingga membawa ke Kuala Lumpur. Dengar cerita, di Johor banyak lokasi teruk diliputi jerebu.
Kesan jerebu ini amat bahaya kepada kanak-kanak, orang tua, mereka yang mempunyai penyakit seperti Asma Paru-paru, perokok dan juga mereka yang banyak aktiviti luar.
Kesan dari jerebu membuatkan mata anda kerap pedih dan berair, hidung berair, kulit gatal-gatal, sakit kerongkong dan mengalami sakit dada yang kerap. Jika ada kesan-kesan penyakit seperti ini sila dapatkan nasihat doktor anda.
Kurangkan aktivit luar buat sementara waktu, banyakkan minum air suam dan duduk dirumah jika tiada hal lain yang lebih penting.
Glamorous MrJocko