Selepas menginap semalam di Holiday Inn Ski Resort di Pyeongchang, MrJocko kembali ke Seoul dan malam ni kami akan menginap di Grand Ambassador Hotel. Hotel ni bertaraf 5 Bintang dan berada dekat sahaja dengan Dongdaemun dan Myeongdong.
Hari kedua di Korea, kami dah lawat banyak tempat dari lokasi mula-mula 63 Building, Akuarium, 63 Wax Museum, Lotte Premium Outlet, kemudian ke Pyeongchang. Di sana kami sempat ke Herbanara Farm dan dalam perjalanan pulang singgah di Korean Folk Village. Semalam pula kami sempat ke Myeongdong sebelum makan malam di Restoran Matahari, menu masakan Malaysia yang Halal 100% di Itaewon.
Esok banyak lagi lokasi kami nak pergi. Mungkin ke Duksu Palace kejap kemudian kami akan terus ke Nami Island. Nak tengok gambar-gambar lain di Seoul dan Nami Island boleh follow Twitter dan Intagram @MrJocko.