Sekali lihat gambar di atas, anda tahu tak apakah alat tersebut??? Ya, ini lah yang dipanggil KUKUR KELAPA tradisional. Kalau nak tengok, di kampung-kampung masih ada lagi digunakan benda kukur kelapa tradisional ini.
Anda pernah guna Kukur Kelapa ini? Anda tahu guna Kukur Kelapa ini??? Kalau tak tahu, malu la dengan mamat Afrika ini, dia pun pakar dalam kukur kelapa tradisional ini...
Gambar-gambar ini di rakam sewaktu wakil Blooggers menyertai FAM Trip ke Pulau Tioman sempena dengan The Culture Race : Sastiec di Dataran Tioman Kampung Tekek pada 10 Mei 2014 yang lalu. Perlumbaan Kebudayaan ini julung-julung kali di adakan dan kini menarik lebih ramai peserta menyertai pertandingan ini.
Terima kasih buat penaja dan juga penganjur utama Tourism Malaysia dan juga Tourism Pahang atas usaha menganjurkan The Culture Race : Sastiec di Pulau Tioman ini.