Andai anda ke Indonesia, perkara yang menjadi tumpuan semestinya membeli belah dan memborong barangan. Di Jogjakarta, lokasi paling mencuri tumpuan ialah Jalan Malioboro. Di sepanjang Jalan Malioboro ini, ia sudah tumpuan pelancong luar dan dalam negeri untuk membeli belah di sepanjang Pasar Malioboro.
Ada banyak pilihan barangan di Malioboro, dari baju, kain pasang, kain batik, aksesori, cenderahati, buahan dan macam-macam lagi. Anda boleh menyusuri Jalan Malioboro ini dan lihat pelbagai jualan yang ada kat sini. Untuk Tips, anda boleh bermula dari Pasar Beringharjo dan menyusuri kaki lima bangunan sekitar Jalan Malioboro sehingga ke Mal Malioboro.