Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Cerita Seoul 3 Tahun Lepas Musim Peralihan

$
0
0
Ada banyak juga perkongsian tentang Trip MrJocko dan Wife ke Korea Selatan pada tahun 2011. Masa tu, plan asal untuk ke Korea Selatan melihat bunga Blossom berbunga di Bandaraya Seoul, tetapi sayang, tak ada peluang kerana musim sejuk belum habis dan agak panjang. Masa kami sampai di Seoul akhir Mac 2011, kuntum bunga Blossom belum lagi kelihatan.

Rata-rata di seluruh Seoul sedang mengalami musim peralihan dari musim sejuk nak beralih ke musim bunga. Masa ni salji sudah mulai cair dan mengering. Cuaca sudah mula naik sekitar 15 darjah celcius pada siang dan sekitar 10 darjah celcius pada sebelah malam bergantung kepada keadaan. Kami yang tak biasa sejuk memang terasa sangat. Siang paling best kerana cuaca yang dingin.






Di kawasan bukit bukau boleh lagi kelihatan saki baki salji yang hampir cair. Kalau di gunung yang tinggi, masih ada salji tetapi dah mula menipis. Masa ni dah tak boleh nak main Ski kerana salji sudah mula mengeras. Sempat juga singgah di Mount Sorak untuk main salji di puncak gunung. Tak dapat main ski, dapat gumpal salji jadi la,,,






Ketika di Nami Island, memang pemandangan biasa sahaja. Maklum la, musim peralihan di Korea Selatan. Tanah mula mengering, salji dah tak ada dan daun-daun baru nak tumbuh kembali. Kata Tour Guide kami, masa kami datang, itu adalah musim yang kurang sesuai untuk melihat pemandangan menarik di Nami Island. Sedih juga masa tu,,, macam rugi jer bila ke sana, musim biasa-biasa sahaja.

Tetapi Alhamdulillah, bulan Mei 2014 ini, selepas 3 tahun, MrJocko akan jejakkan kaki sekali lagi ke Korea Selatan. InsyaAllah. Kalau tidak ada aral melintang, kami akan melawat Seoul dan PyeongChang. Kalau sempat, MrJocko akan menaiki Bus ke Nami Island.

Bagi yang berminat nak tengok gamar-gambar baru di Korea Selatan terutama di Seoul dan PyeongChang, boleh follow Twitter MrJocko dan follow blog MrJocko.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468