Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Nasi Berlauk Ayam Goreng Ala Kelantan

$
0
0

Nasi Berlauk Ayam Goreng ala Kelantan

 

Semalam singgah di Masjid Wilayah semasa waktu Solat Jumaat. Kat sini memang banyak gerai jualan makanan dan barangan sementara yang dijual sempena hari Jumaat. Macam-macam ada. Dan kat sini juga ada satu gerai jual Nasi Berlauk Ayam Goreng Ala Kelantan yang memang marvelous.

Menu Nasi Berlauk memang sudah terkenal di Kelantan. Cuma menu nasi berlauk ini ditambah dengan Ayam Goreng rangup yang menjadi pelengkap kepada nasi berlauk tersebut. Kuah kari ayam Kelantan yang ada rasa sedikit manis serta sambal belacan yang memang Umphhh!!!.

Kalau anda ke Masjid Wilayah, Jalan Duta, boleh la singgah pekena Nasi Berlauk Ayam Goreng di sini. Lokasinya di sudut berhampiran Traffic Light antara Masjid Wilayah dan LHDN Jalan Duta. Ada Lori kecil bersama meja makan menjual nasi berlauk tersebut. Harga cuma RM6.00 sahaja, air boleh minum secara PERCUMA.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468