Tertarik dengan satu gambar yang dikongsi oleh Dato' Amhari, seorang kawan lama MrJocko, satu rakaman spontan PM Dato' Seri Najib Razak dan Obama meninjau Putrajaya dari ruang pejabat Perdana Menteri. Nampak simple, tetapi penuh bermakna. Satu gambar, tetapi beri impak yang besar.
Apa impak lain yang boleb kita lihat dengan lawatan Obama ke Malaysia?
1. Selepas 48 tahun, akhirnya ada seorang Presiden US singgah membuat lawatan rasmi 3 hari ke Malaysia. HARI INI DALAM SEJARAH.
2. Malaysia berpeluang melihat Air Force One dan juga The Beast, kapal terbang dan kereta rasmi Presiden US Obama.
3. Menteri juga masing-masing batalkan event lain dan semua tertumpu kepada lawatan Obama.
4. Ramai Polis dan pasukan khas serta pegawai kerajaan tak cukup masa bekerja dan ambil kesempatan untuk menggunakan peluang yang ada bertemu Obama.
5. Wartawan Malaysia masing-masing mencari cerita yang menarik sempena lawatan Obama ke Malaysia.
6. Jurugambar Professional juga mengambil peluang untuk merakam gambar Obama di Malaysia. Satu pengalaman yang jarang-jarang berlaku pada masa akan datang.
7. Selama 3 hari, Malaysia menjadi tumpuan dunia sekali lagi selepas Kehilangan MH370.
8. Ada banyak MOU yang dicapai ketika lawatan Obama ke Malaysia.
9. Ramai orang Malaysia mengalu-alukan Obama ke Malaysia. Tak kurang juga ramai yang membantah kehadiran Obama ke Malaysia.
10. Paling ketara, banyak jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur sesak teruk kerana penutupan jalan sempena lawatan Obama. Memang sesak.
Lawatan Obama ke Malaysia memang banyak memberikan impak kepada Malaysia samada dari segi Ekonomi hinggalah kepada politik. Pandangan peribadi MrJocko, ok jer Obama nak datang Malaysia. Asalkan jangan dia mempergunakan Malaysia sudah...