Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan info dan gambar trip MrJocko ke Surabaya dan Jogja ketika mengikuti Trip menjejaki Walisongo bulan Februari 2014, anda boleh dapatkan naskah Majalah Libur Terbitan Kumpulan Karangkraf Edisi Mei 2014.
Dalam edisi bulan Mei 2014 juga ada cerita tentang Shang-ri La Leisure Farm Resort di Yilan yang terkenal dengan hotel mesra Malaysia dan menghidangkan menu halal terbaik di sana.
Untuk Majalah Libur Edisi Mei 2014 keluaran kali ini juga banyak info menarik seperti tips panjat gunung, lokasi percutian luar negara yang menarik, aktiviti mandi manda bersama gajah, info tentang gajet terbaru dan banyak lagi.
Jangan tunggu lagi, boleh ke kedai buku berhampiran dan dapatkan naskah anda hari ini.