Kalau di sebut Negeri Perlis, ramai yang akan kaitkan negeri kecil ini dengan produk buah Mangga Harum Manis yang sangat sedap. Mangga Harum Manis yang berwarna oren ini memang manis, berjus dan sangat sedap. Bagi peminat buah buahan tempatan, buah Mangga Harum Manis antara buah yang paling berharga dan bernilai untuk produl buahan tempatan di Malaysia.
Tapi anda tahu tak berapa harga bagi setiap kilo buah mempelam atau mangga Harum Manis Perlis ni? Ada peniaga yang rata-ratanya menjual buah mempelam atau mangga Harum Manis ini dengan harga RM20 setiap kilogram. Memang harga buah mangga Harum Manis ni mahal kerana susah nak dapat dan kualiti buahnya memang sedap.
Jangan terkejut jika di musim cuti sekolah nanti atau sekitar bulan Mei 2014 harga buah mangga Harum Manis ini akan mencecah RM30 bagi setiap kilogram. Kalau anda dapat harga buah mangga Harum Manis di bawah harga RM20 sekilogram bermakna anda dapat harga yang murah. Beli la.
Jadi sesiapa yang ada ladang buah mangga Harum Manis, musim ni adalah musim untung jual buah mangga la nampaknya. Masyuk...
p/s : ingat tahun 1995 masa jual buah mangga harum manis, cuma RM5 - RM6 jer sekilogram