Masuk hari ke-28 MrJocko lihat si kecil Bulus ni mula nak makan makanan wet food yang MrJocko bagi kat ibunya Si Kitty. Mungkin sebab bau makanan Wet Food ni memang sedap, maka anak kucing nak cuba makan. Nampak bersungguh dia makan sampai comot mulut.
Paling suka makan wet food ialah Si Kiki, anak kucing hitam putih. Si Mia pula, nampak mula mencuba ambik bau sahaja. Belum nampak dia nak makan wet food. Setakat ni hanya masih menyusu. Maklum la umur belum sampai sebulan.
Setakat ni MrJocko bagi si kecil Bulus ni makan wet food jenama Pro Diet. Ingat nak cuba jenama lain, tapi belum jumpa. Tapi, dengan Pro Diet pun memang buatkan si ibu, Kitty dan anak-anaknya Kiki dan Mia tak sabar nak makan.
Selepas seminggu dua lagi, ingat nak cuba bagi makan dry food kibbles jenama Royal Canin pulak. Ramai yang kata jenis Dry Food Kibbles jenama Royal Canin sangat bagus untuk perkembangan kucing. Harap si Kiki dan Mia boleh membesar dengan cantik dan semakin gebu selepas makan Royal Canin.