Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Petua Jemur Cahaya Matahari Pagi Elak Penyakit Kuning

$
0
0

Untuk bayi yang baru lahir, memang digalakkan untuk dijemur di bawah cahaya matahari pagi. Ini bukan sahaja petua orang-orang tua, malah di akui sendiri oleh pakar kanak-kanak. Cahaya matahari pagi akan membantu mengelakkan bayi baru lahir dari penyakit kuning.

 

Hari ni hari kedua baby MrJocko kat rumah dan baru nampak cahaya matahari pagi. Sempatlah jemur si kecik ni di bawah sinaran matahari pagi. Harap-harap selepas beberapa hari ni, baby akan selamat dari penyakit kuning.

 

Tips untuk jemur bayi di bawah matahari pagi ni tak perlu lama, cukup selama 15 minit sahaja. Nak jemur, pastikan cahaya matahari di awal pagi jam 7 hingga 8 pagi.

 

Masa jemur baby, jangan tinggalkan dia keseorangan. Kena la duk sebelah pantau keadaannya. Jaga elok-elok sebab kalau terlalu lama kesian pulak kat baby, nanti panas.

 

 

Petua Jemur Bayi Baru Lahir

 

Mesti ada yang tanya kenapa jemur baby baru lahir di bawah sinaran matahari pagi? Ini kerana cahaya matahari pagi mempunyai Vitamin D yang asli. Bukan senang nak beri bayi baru lahir makan vitamin, jadi cara mudah dan terbaik ialah dengan cara menjemur bayi di bawah matahari pagi.

Kalau anda ada bayi yang baru lahir, cuba lah. InsyaAllah ia mujarab untuk elakkan bayi dari terkena penyakit kuning.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468