Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Geng Custom Bikers Bandung

$
0
0
Ada banyak rahsia tersembunyi di kota Bandung. Rasanya, masih ramai yang belum tahu tentang rahsia-rahsia Kota Bandung, lebih lebih lagi di waktu malam. Antara yang menarik tumpuan MrJocko ialah di sepanjang Jalan Asia Afrika. Di jalan ini, ada banyak aktiviti menarik perhatian pelancong, tambah-tambah lagi bila tiba waktu malam.

Antara yang best, bila anda dapat join geng-geng Custom Bikers yang berpusat di Bandung ini. Di Jalan Asia Afrika ini anda akan dapat melihat banyak kumpulan Motorsikal berkumpul dan menayang dan memperagakan motorsikal masing-masing. Pelbagai jenama, jenis dan model ubah suai dapat anda lihat di sini.

Ada yang menunggang Harley Davidson, Triumps old skool dan pelbagai jenis motorsikal yang MrJocko sendiri tidak pernah dengar namanya. Kebanyakkan model-model ini adalah model lama dan ia diubah suai dengan baik dan cantik di samping menggunakan enjin baru. Mengujakan.

Anda akan dapat melihat kumpulan Custom Bikers ini pada waktu malam dan paling meriah bila tiba waktu malam minggu. Ramai ahli kumpulan mereka akan berkumpul di Jalan Asia Afrika ini dan ada yang datang dari Jakarta, Jogja dan juga Surabaya semata-mata mahu berkmpul di Bandung.

Andai anda peminat motosikal, jangan lepaskan peluang. Singgah la di Jalan Asia Afrika sebelah malam minggu dan anda akan teruja dengan koleksi motosikal lama yang di ubah suai ini. Pelbagai jenis, pelbagai model dan pelbagai bentuk yang menarik.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468