Sabtu lepas, tiba masa untuk bawa ibu kucing, si Kitty dan anak-anaknya ke Vet atau ke Klinik Haiwan. Cadang asal nak cari doktor haiwan yang berdekatan, tetapi rupanya banyak pulak Klinik Haiwan area rumah MrJocko tutup. Terpaksa la singgah di satu Kedai Haiwan peliharaan di Jalan Kuching. Brader ni pun memang pakar dalam bab kucing ni, kerana dia memang pernah tulis Buku pasal Kucing.
Pusat Kucing Ikhlas, di mana lokasinya di Jalan Kuching dekat dengan BHP Jalan Jambu Mawar. Kat sini memang ada jual barang-barang keperluan Kucing seperti makanan, makanan tambahan, ubat-ubatan, aksesori, boarding dan juga grooming.
Projek nyah kutu anak kucing ini memang dah lama nak buat, tetapi MrJocko tunggu sehingga umur anak kucing ni lebih dua minggu sebab tak nak ada kesan sampingan. Bila selepas umur 14 hari, baru la rasa confident untuk spray ubat kutu dan nyah kutu untuk kesihatan mereka. Projek nyah kutu kali ini kami guna Semburan Frontline, ubat nyah kutu yang memang di akui terbaik.
Alang-alang dah hantar ibu dan anak-anak, MrJocko buat sekali, potong kuku si ibu, buang kotoran di telinga, spray ubat nyah kutu Frontline, vaksin, ubat cacing, ubat vitamin dan susu kambing untuk makanan tambahan si ibu. Untuk anak kucing pula, hanya buat semburan nyah kutu Frontline sahaja. Total cost RM120 sahaja. Ok kan???
Skang senang hati sikit. Lepas ni boleh la beli Spray Nyah Kutu Frontline dan buat kat rumah setiap bulan .Sekali sebulan dah cukup. Lepas tu beri anak kucing ni makan ubat cacing dan kemudian selepas sebulan dah boleh hantar untuk vaksin.
Sekarang dah senang hati sikit bila tengok anak-anak kucing ni dalam keadaan sihat. Harihari duk layan si Bulus ni kat rumah dan terhibur dengan gelagat di Mia (Calico) dan Kiki (Oren).