Semasa menginap di Hotel Jogjakarta bulan Februari lepas, sarapan pagi di hotel tersebut menghidangkan menu masakan Nasi Betutu, salah satu masakan tradisional di Indonesia. Nasi Betutu ini dikatakan menu yang berasal dari Pulau Jawa, tetapi lebih terkenal di Pulau Bali, Indonesia.
Nasi Betutu ialah menu nasi campur yang mengandungi nasi, ayam betutu (cebisan daging ayam) dan juga telur dibungkus dalam daun pisang. Aroma nasi, ayam betutu dan telur, bila dicampur dengan wangian daun pisang memang membangkitkan selera.
Rasa Nasi Betutu ni memang sedap. Ayam Betutu ini rasanya lebih kurang rendang ayam, tetapi beza sedikit dan ia adalah cebisan daging ayam yang tidak mempunyai tulang. Ia memang sesuatu yang unik dan memang menu yang asli dan tradisional.
Kalau jumpa Nasi Betutu di Malaysia atau di Indonesia, cuba la yer,,, memang sedap.