Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Getaran Bunyi Kucing Boleh Sembuhkan Banyak Penyakit

$
0
0


Anda fakta yang mengatakan Kucing mempunyai getaran yang mampu memberikan Terapi Perubatan terbaik kepada manusia dalam melawan pelbagai jenis penyakit. Dengan kata lain, apabila memelihara kucing, anda mempunyai peluang untuk hidup sihat dan lebih gembira berbanding orang lain yang tidak memiliki kucing. Sejauh mana kebenaran fakta ini?

Kucing sebenarnya mempunyai getaran yang dinamakan sebagai 'Purring'. Purring pada seekor kucing mempunyai getaran antara 40-140 Hz yang kita tidak perasan dan ia dikatakan menjadi Terapi Perubatan yang baik untuk pelbagai penyakit.

Penghilang Stress
Membelai kucing yang sedang membunyikan 'Purr' akan menenangkan si pembelai. Ia akan meredakan tekanan kepada mereka yang membelainya.

Kesihatan Jantung
Orang yang memelihara kucing mempunyai risiko kurang 40% peluang untuk di serang penyakit jantung, berbanding mereka yang tidak memelihara kucing.

Menyembuhkan Luka Dalaman
Getaran Purr kucing ini boleh menyembuhkan luka dalaman badan seseorang.

Memulihkan Otot
Jika anda mempunyai otot yang kejang dan bengkak otot, getaran Purr kucing ini boleh memulihkannya.

Risiko Disponea
Getaran Purr boleh mengurangkan anda risiko terkena penyakit Disponea (sesak nafas)

Kesihatan Tulang
Getaran Purr antara 25 - 50 Hz adalah getaran TERBAIK dan Getaran 100 - 200 Hz adalah Kedua TERBAIK untuk membantu meningkatkan kesihatan tulang anda.

Tekanan Darah
Berinteraksi dengan kucing dan mendengar getaran Purr Kucing dapat membantu anda dalam membantu menurunkan tekanan darah dan menstabilkannya.




Sebenarnya, banyak keindahan dan keistimewaan yang di milikki oleh seekor makhluk Allah yang dinamakan kucing ini untuk membantu manusia dalam Terapi Kesihatan. Mungkin sebab itu juga, Kucing adalah salah satu binatang kesayangan Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

Walaupun begitu, jika anda mempunyai tanda-tanda serangan penyakit, hendaklah berjumpa dengan doktor pakar dahulu. Terapi Kucing ini adalah sebagai rawatan atau cara alternatif sahaja dan ia bukan lah sesuatu yang wajib anda ikuti. Dapatkan nasihat doktor.

Apapun, memelihara kucing memang menjadikan anda seseorang yang lain dari yang lain. Cuba dulu, baru anda tahu,,,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468