Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Rahsia Jalan Asia Afrika Di Bandung

$
0
0
Ramai rasanya pelancong dari Malaysia dan pelancong selain dari warga Bandung tidak mengetahui bahawa ada banyak tarikan lain yang tersembunyi di Kota Bandung. Antaranya ialah Jalan Asia Afrika, di Bandung. Bila malam menjelma, di kawasan sepanjang Jalan Asia Afrika ini mula hidup dengan pelbagai aktiviti malam hari.

Antara yang menarik perhatian, di Jalan Asia Afrika ini lah merupakan titik bermulanya atau Titik Pusat '0' bagi jalan-jalan yang diukur dari Kota Bandung. Titik pusat ini di letakkan sempena dengan pembinaan jalan raya yang menjadi titik asas Kota Bandung. Mungkin kalau nak mudah faham, titik pusat KM 0 yang menjadi ukurun KM jalan-jalan sekitar Bandung.







Sebelah malam nya pula, ramai warga kota Bandung yang singgah di sepanjang Jalan Asia Afrika ini untuk menikmati makanan Gerabak di kaki lima Jalan Asia Afrika. Jangan terkejut jika anda terjumpa dengan beberapa orang artis terkenal ketika makan di sini. Mereka memang suka lepak pekena Bakso, Jeruk dan pelbagai menu makanan lain sekitar Jalan Asia Afrika ini. 

Di sepanjang Jalan Asia Afrika ini terdapat beberapa hotel peninggalan Zaman Belanda yang masih dijaga rapi dan merupakan antara Hotel 5 Bintang pertama di Bandung. Antara hotel tersebut ialah Hotel Savoy Homann dan juga Hotel Grand Preanger. Harga bilik di hotel-hotel ini sekitar RM250 hingga RM500 semalam. Kebiasaannya, ia menjadi pilihan pelancong Eropah yang mahu suasana antik dan senibina lama Belanda.

Banyak lagi rahsia yang tersembunyi di sekitar Jalan Asia Afrika, Kota Bandung. Jika anda ke bandung, jangan lupa singgah. Lebih meriah kalau ke sana pada Malam Minggu. Anda pasti akan merasai satu pengalaman unik di Bandung, di Jalan Asia Afrika.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468