Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Kucing Parsi : Kenapa Riak Mukanya Sedih

$
0
0

Andai anda seorang yang pernah ambil tahu perihal kucing, anda pasti tertanya-tanya kenapa kucing jenis parsi ini riak mukanya nampak sedih. Seumpama kucing ini sedang dalam kesedihan. Ini lah riak muka Kucing Parsi atau Persian Cats. Anda boleh dapatkan maklumat penuh di SINI.

Ras Kucing Parsi yang asli ini sememangnya menjadi pilihan penggemar Kucing kerana ia dikatakan cantik, lembut, sangat jinak dan mudah mesra dengan manusia tidak seperti Local Breed atau Kucing Kampung. Sebab lain, sudah tentulah jenis Kucing Parsi ini sejenis haiwan peliharaan yang mahal dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

 

http://en.wikipedia.org/wiki/Persian_(cat)

Jenis Kucing Parsi ini memang terkenal dikalangan peminat kucing. Ramai yang mengimpikan haiwan peliharaan seperti Kucing Parsi ini, nampak muka macam tengah bersedih tetapi sebenarnya itulah raut wajah Kucing Parsi yang bernilai puluhan ribuan ringgit ini.

Kalau baka anak kucing Parsi Highnose Flat Face berumur 2 bulan boleh mencecah sehingga RM2,500 setiap ekor. Bayangkan baka induk Kucing Parsi asli yang dewasa dengan Sijil CFA sudah pasti bernilai lebih dari RM3,500 setiap ekor.

Andai anda berkira-kira untuk memelihara Kucing, anda boleh cuba pilih Kucing jenis Parsi ini. Walaupun harga agak mahal, tetapi anda akan berpuas hati dengan kehadiran mereka di dalam keluarga anda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468