Pertama kali rasanya melihat restoran Roppan di Bandung Indonesia. Masa ke Surabaya dan Jogjakarta akhir bulan Februari 2014, rasanya tidak kelihatan pulak restoran ini kat sana. Tapi di Bandung, ternampak ada 3 outlet antaranya di Festival Citylink, Cihampelas Walk dan satu lagi lupa di kawasan mana.
Rupanya Restoran Roppan ni antara restoran pilihan terbaru di Indonesia yang menyajikan menu masakan Bento dari Jepun dan juga menu roti yang unik. Banyak menu yang anda boleh cuba di Restoran Roppan ini kerana ia punyai pilihan yang pelbagai.
Kali pertama MrJocko mencuba menu Set Bento Daging yang disertakan dengan Ikan Goreng Rangup dan Salad. Ada Nasi semestinya. Memang menarik dan harganya agak murah berbanding set bento di Malaysia.
Kali kedua, MrJocko mencuba roti set untuk sarapan pagi. Anda boleh memilih 4pcs Roti Pilihan di Roppan dengan hanya Rp32,000 atau dengan harga sekitar RM10. Harga biasa seperti menu Donut di J.Co Donuts atau Big Apple rasanya. Tetapi Roti di Roppan memang unit berbentuk 3 segi. Memang sedap dan menarik.
Andai anda ke Bandung, mungkin boleh cuba singgah di Roppan dan mencuba kelainan di Restoran Roppan, menu masakan Jepun ini. Mungkin ia akan memenuhi citarasa anda selain menu J.Co Donuts menu-menu lain.