Ada ramai kawan-kawan yang pertama kali ke Indonesia pasti akan terkeliru dengan bayaran Airport Tax di Lapangan Terbang di Indonesia seperti Jakarta, Bandung, Surabaya, Jogjakarta dan bandar-bandar lain. Ini kerana bayaran untuk Airport Tax atau Cukai Lapangan Terbang setiap airport berbeza.
Untuk bayaran Airport Tax di Lapangan Terbang Husein Sastranegara Bandung, setiap mereka yang ingin menaiki pesawat domestik harus membayar sejumlah Rp50,000 dan Rp75,000 untuk penerbangan antarabangsa.
Bayaran Airport Tax ini harus dibayar sebelum memasuki ruang berlepas dan hanya menerima duit Rupiah Indonesia SAHAJA.