Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Menara Taipei 101 Di Taiwan

$
0
0
Percutian ke Taipei, Taiwan tidak akan sempurna kalau anda tidak singgah di Menara Taipei 101. Menara ini merupakan salah satu dari kemegahan penduduk Taiwan dan menjadi Mercu Tanda bandaraya Taipei sejak dari 31 Disember 2004. Setakat hari ni, Menara Taipei 101 menjadi Menara Ketiga tertinggi di Dunia selepas Burj Khalifa di Dubai dan Menara Abraj Al Bait di Mekah.






Sebelum naik ke tingkat 89, ruang tinjau di Menara Taipei 101 pun MrJocko dah teruja. Pertama kerana melihat bangunan Taipei 101 ini memang nampak tinggi. Kedua rekaan binaannya agak berbeza, bukan bulat tetapi berbentuk empat segi dan yang paling takjub bila pengalaman menaiki LIFT yang terpantas di Dunia (diperakui oleh Guiness World of Record). Untuk naik ke tingkat 89, tak sampai 2 minit... laju ooo,,,,






Atas ruang tinjau di tingkat 89 ini, macam-macam boleh anda lihat. Sayup mata memandang dengan landskap bandaraya Taipei yang tersusun. Lihat sahaja kiri dan kanan, anda akan nampak banyak jalanraya di bandaraya Taipei agak lurus dan teratur. Susunan bangunan agak padat tetapi masih nampak kemas.






Kalau nak tahu, ini ialah BOLA untuk menyokong bangunan ini jika berlaku gegaran atau gempa bumi. Bagaimana satu bola ini berfungsi dalam mengimbangi Menara Taipei 101 ini anda kena baca. Nampak simple, tetapi teknologi ini sebenarnya antara teknologi binaan arkitek dan engineering yang terbaik buat masa kini. Jika berlaku gegaran besar, kalau tak silap sehingga 10 skal richter, bola ini masih boleh mengimbangi Menara Taipei 101 ini daripada runtuh.





Di puncak tinjau Menara Taipei 101, ada ruangan pameran, cafe, restoran kecil dan juga jualan barangan cenderahati. Anda boleh lepak di ruang tinjau ini seawal masa ruang ini dibuka sehingga ia ditutup. Tiada had masa di berikan. Nikmati permandangan dari Menara Taipei 101 memang sesuatu yang menakjubkan.

Semestinya, kalau ada peluang, singgah la di Taipei 101. Harga tiket masuk ke Menara Taipei 101 ialah sekitar NT$450 untuk dewasa (RM48) dan NT$400 untuk kanak-kanak (RM42). Kalau anda singgah di Taipe 101 pada hari minggu, lebih baik beli Tiket Online supaya tak perlu beratur panjang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468