Memang dah lama MrJocko cari benda ni, Nasi Kepal Jepun yang dikenali sebagai Onigiri. Anda pernah cuba makan Onigiri??? Ia memang sedap.
Last Sunday, masa MrJocko balik dari Genting Highlands, singgah di One Utama dan terlihat di ruangan market AEON Jusco One Utama ada jual Onigir. Ada pelbagai jenis yang dijual termasuk tuna, ayam, daging dan juga original. Wow!!!
Apa yang best pasal Onigiri ni? Ia satu makanan tradisional orang Jepun yang mana dikepal Nasi dengan campuran inti ikan, ayam atau daging. Luaran nasi akan dibalut dengan kepingan seaweed. Ia memang sesuai untuk diet kerana makanan sihat dan portion yang sikit.
So, apa lagi, terus MrJocko beli 2 Onigiri yang ada inti Tuna dan Ayam. Nak rasa dulu, kalau sedap dan rasa sebijik macam Onigiri Jepun, InsyaAllah boleh datang beli lagi di One Utama.