Sewaktu MrJocko menyertai FAM Trip ke Hatyai dan Satun pada bulan November 2013, banyak lokasi makan-makan yang best dan murah sekitar pekan kecil Pak Bara ini. Salah satunya kedai kopi yang kecil tetapi agak terkenal di kawasan
resort penginapan MrJocko masa tu, Langka Beach Resort. Kat sini menurut rakan yang sertai Trip, gerai seperti ini dipanggil Kedai Minum Teh.
|
katanya bermaksud 'Kedai Minum Teh' |
Lokasi kedai ni tak jauh dari resort Langka Beach Resort. Hanya walking distance dan berada di tepi jalan utama dari Satun menuju ke Jeti Pak Bara. Lokasi Kedai Teh ini juga berada di persisir pantai dan memang mempunyai pemandangan yang menarik. Cuma, sayang, masa kami singgah, waktu menunjukkan jam 11.00 malam.
|
Roti Pisang Thailand |
|
Roti Canai Thailand |
|
Roti Telur Thailand |
Kalau nak tahu, harga roti canai, roti telur dan roti pisang di kawasan Pak Bara ini agak murah kerana kos sara hidup di sini memang kawasan kampung. Berbaloi untuk makan Roti Telur dan secawan Teh dengan hanya RM2 sahaja. murah kan???
Oleh itu, andai anda nak ke pulau-pulau sekitar Koh Adang, Koh Lipe dan sekitarnya, boleh la singgah sarapan, makan tengahari atau makan malam di sekitar Pak Bara. Ada banyak gerai dan restoran seafood Thailand Halal yang ada di kawasan itu sebab hampir 90% penduduk kawasan ini beragama Islam. Sedap, Murah dan Halal.