Mungkin ada yang perasan cerita Bateri Kereta MrJocko Kong minggu lepas. Selepas guna 2 tahun dan 3 bulan akhirnya dah tak boleh guna lagi dah. Nak tak nak terpaksa beli bateri baru. Dan, biasa lah, nak jimat punya pasal, cari bateri murah kat internet.
Pada mulanya, memang banyak tawaran bateri kereta murah di internet samada di forum-forum kereta dan juga Mudah.my. Tapi, selepas MrJocko call atau sms, hampir kesemuanya menjual bateri tersebut dengan harga yang hampir sama dengan harga di workshop.
Sebagai contoh, banyak iklan bateri kereta murah menawarkan harga sekitar RM150. Wow!!! Memang nampak murah, tetapi sebenarnya harga tersebut bermaksud 'harga bermula dari RM150'.
Sebenarnya untuk bateri kereta untuk kereta sedan biasa seperti Wira, Waja, Kia atau Vios, ialah jenis DIN55 atau NS60. Dan sebenarnya jenis ini pun mereka jual dengan harga RM260 untuk satu unit. Jadi... Mana kebenaran tentang jualan bateri kereta murah yang mereka tawarkan?
Personal opinion MrJocko, harga yang ditawarkan adalah harga biasa yang dijual oleh workshop. Kalau nak murah sebenarnya, anda boleh beli di Kedai Jualan Sparepart Kereta yang berlambak sekitar KL khususnya.
Rajin sikit, ambil masa ke kedai sparepart dan beli sendiri. Untuk jenis DIN55, NS50 dan NS60 bateri sel basah boleh dibeli dengan hanya RM190 - RM220 sahaja. Untuk bateri sel kering cuma RM230-RM260 mengikut brand. Anda cuma perlu tukar bateri sendiri. Mudah jer.
So, lagi jimat beli sendiri. Bateri yang selalu ditawarkan murah itu, kebanyakkannya sekadar tawaran yang mengelirukan. Pendapat peribadi MrJocko, beli kat kedai, senang nak claim warranty, kalau apa-apa terjadi.