Masuk kali ni, kali kedua Khalish dan Hasya singgah di Kidzania Kuala Lumpur. Memang mereka suka sangat kalau ke Kidzania, macam-macam perkara yang boleh mereka cuba. Di Kidzania, ia menyediakan bandar yang lengkap untuk kanak-kanak. Kidzania ialah bandar kanak-kanak yang mana semua aktiviti seharian di urus tadbir oleh kanak-kanak termasuk Balai Polis, Bank, Hospital, Kilang, Pejabat Pos, Bomba dan macam-macam lagi.
Sebelum ni Khalish dan Hasya pernah cuba untuk sesi buat coklat, hantar air, posmen, klinik dan hospital dan beberapa aktiviti lain. Kali ini mereka mencuba tugas yang menjadi cita-cita mereka di Kidzania.
Si kakak Khalish bercita-cita nak jadi Juruterbang atau Pilot. Di Kidzania memang ada ruang khas untuk aktiviti Juruterbang AirAsia. Tengok la Khalish, tersenyum riang, happy dengan kerjaya Pilot.
Si adik, Hasya, nak jadi Doktor Gigi. Katanya nak tolong orang jaga gigi. Walaupun dia sendiri takut nak jumpa doktor gigi, namun dia memang minat nak jadi Dentist. Harap satu hari nanti termakbul la cita-cita my kids, Ameenn...
Untuk selami jiwa anak-anak anda, jom bawa mereka ke Kidzania Kuala Lumpur. Banyak aktiviti dan kerjaya yang boleh mereka pelajari seharian di dalam Kidzania Kuala Lumpur. Lihat potensi anak-anak anda dan semoga cita-cita yang mereka idamkan akan menjadi kenyataan.
Jom ke kidzania dan dapatkan Diskaun 40% untuk setiap pass masuk sempena sambutan Ulangtahun Kidzania Kuala Lumpur ke-2 pada bulan Mac 2014.