Untuk penerbangan MrJocko ke Taipei, pihak syarikat kami, Public Mutual dengan penuh rasa tanggungjawab sudah menempah dan meminta pihak China Airlines supaya menyediakan menu makanan Halal di dalam penerbangan untuk penumpang yang berugama Islam.
Oleh yang demikian, MrJocko tak rasa risau setiapkali menyertai Trip NSC anjuran syarikat kami. Bagi yang memohon untuk makan makanan yang halal, permintaan kami diuruskan oleh pihak syarikat dengan baik sekali.
Kali ini kami dapat rasa menu masakan ala Taiwan di dalam penerbangan dan ia ditanggung halal. Ada nasi, roti jala, ada sup, roti, sayuran dan semestinya pemanis mulut dan jus oren. Penerbangan kami memang best walaupun kami semua hanya berada di Kelas Ekonomi. Terima kasih Public Mutual Berhad dan China Airlines.