Watak Sherlock Holmes, yang dimainkan oleh bintang British Benedict Cumberbatch (Star Trek: Into Darkness) kembali semula dua tahun kemudian selepas 'maut' terjatuh dari bangunan Hospital St. Bartholomew di London berikutan pertarungan dengan musuh ketatnya Jim Moriarty (Andrew Scott,Dead Bodies).
Sherlock sebelum ini telahpun didedahkan bahawa dia masih hidup pada penghujung musim ke-2, namun rakan segandingnya Dr John Watson, dilakonkan oleh Martin Freeman (The Hobbit trilogy), ditinggalkan dalam kesedihan. Adegan itu membuatkan penonton di seluruh dunia tertanya-tanya selama dua tahun ini bagaimanakah Sherlock memalsukan kematiannya.
Siri terbaru ini adalah kesinambungan daripada apa yang Sherlock sendiri huraikan dengan sempurnanya iaitu "dua lelaki, dan penggembaraan mereka yang secara jujurnya, tidak masuk akal berdepan dengan pembunuhan, misteri dan kekecohan'.
Keluaran trilogi terbaru ini pasti akan terus memukau penonton dengan gaya 'signature' tersendiri yang menggabungkan kebijaksanaan dan humor, sebagaimana ia menjadikan Sherlock 'Drama Siri Terbaik' Anugerah British Akademi Filem dan televisyen Seni (BAFTA) pada tahun 2011. Plot dan skrip yang ditulis dengan cemerlang itu telah dipadankan dengan persembahan superlatif dan kombinasi pelakon-pelakon bertaraf A.
Saksikan bagaimana Sherlock kembali dari 'maut' untuk bersatu semula bersama dengan John, hanya di saluran AXN & AXN HD!
Tayangan Perdana Sherlock Musim ke-3 pada 27 February 2014, Khamis, 10 malam. Hanya eksklusif di saluran AXN(Astro Ch701) & AXN HD (Astro B.yond Ch721)
Glamorous MrJocko